Andainya you dah punya hidup baru, dan memang benar tak mau kami lagi, jangan pulang.
I manusia normal. 2005 I hanya berusaha untuk menghadirkan kebaikan untuk you dan keluarga di England. I balik, demi you dan susun pelan ikut you ke mana pun. I tunggu. Kami tunggu dengan harapan.
You pergi. My mother juga pergi. Tanya dia yang akhir ialah you di mana dan apakah I akan kembali bersama you. Yes, berbaur cerita orang mengata I tak berpendapatan. Isteri pergi dan syukur you dah gembira, bergaji besar, matang dan dapat happiness dikelilingi orang yang dilarang pesan kami.
Jika tiada apa lagi yang kami tunggukan, I terpaksa pergi. I tak mampu sara hidup dengan pelan yang terbengkalai. Setelah berusaha memberi kata sepakat dan setuju untuk melihat you pergi, untuk memberi kehidupan, kepada semua.
Tuhan tiada lagi. Kaitan dengan saudara dah jauh sama seperti almarhum ibu yang berkata. You jelas dengan sengketa. I dah buat tanggungjawab I.
Dari apa yang I paham, I lah yang salah. Tiada lain selain I sahaja yang salah.
Banyak gambar anak di YouTube. Banyak harapan anak kepada orang lain. Anak paling kecil tak kenal ibu, memanggil mami bila jumpa semua orang yang dia jumpa. Saling tak tumpah macam ibu yang melahirkan dia. Abang dia seloka menepis adik kecil dari memanggil mami dan menidakkan itu bukan mami. Dan hanya berdiam tunduk bila di tanya mana ibu. Berlawanan sikap dan menggariskan suram di wajah dan tak pernah bertanya lagi mana ibu. Sebagai lelaki, tidak berpendapatan, I terpaksa membawa mereka pergi. Mencari daerah yang boleh kami kais pasir untuk mencari makan. Penadapatan I tak akan sama setanding dengan you, yang pernah berbelanja besar untuk menampung kehidupan kita selama 6-7 tahun kita bersama. Pencarian yang tak pernah di sangka, bahawa hujung hidupakan jadi begini. Harta peninggalan almarhum tak teringat untuk saya ambil, kerana itu bukan lah harta saya, sekadar hanya harta peninggalan. Bisnes yang di rancang bertahun tahun dah tak terasa penting nya lagi. Yang penting sekarang ialah mencari tempat berteduh untuk anak anak, pakaian dan makanan seharian nya. Banyak yang offer ruang hidup, kami hanya tenung mata mereka dengan kelayuan. Trauma perasaan di tipu oleh jaminan yang di izinkan tuhan, meyakinkan bahawa tuhan itu penting bagi orang yang berjaya sahaja. Perkataan Tanah suci, dah menjadi tagihan trauma untuk menyanjung tanah Arab yang dikatakan suci. Perkataan Islam sudah menjadi igauan kesucian, sedangkan segala kasih terpaut kerananya, kerana kasih juga, Islam meleraikan kasih yang telah dipautkan.
Tiada apa lagi erti dalam hidup. Bukan meneliti mau nya kaya, senang, alim, bermaruah, tetapi lebih kepada mahu menuntut, apakah kemanusiaan itu manusiawi. Apakah manusiawi itu berlandaskan agama Islam, Kristian, Hindu, Yahudi, Nasrani. Kerana dalam campur baur yang dilalui, mengajar saya, erti kehidupan yang menyusahkan, terasa di zalimi kerana tiada batasan nafsu, oleh si manusia yang mengaku mereka punya batas nafsu.
Sesungguhnya setiap manusia itu punya hasrat. Namun jerih payah yang dilalui dan melihat mata manusia yang hinggap di mata kita, menjadikan kita lebih percaya bahawa tiada tuhan selain hanya diri sendiri, hanya kita sebagai tuhan yang menentukan arah hidup, yang boleh mencakar pasir untuk mencari makan.
Satu hari nanti, akan terpancar berita. Yang baik dan buruk.
Saya sebagai suami yang memelihara, yang bertanggungjawab menjaga, kami akan teruskan hidup, dalam artikata seperti yang disebut di atas.
Jika you dah berbesar hati dengan jiwa raga gembira kerja bergaji besar dan kerana satu cerita di dambakan menjadi faktor kerusakan rumahtangga, maka peganglah dengan mantap pendirian you itu. Sebagai lelaki dan ayah kepada anak anak, saya akan jaga mereka. Tiada guna memperkota kata kata cerita menjadi bukti menjaga anak tanpa ibu, sedangkan perlakuan menjaga sehari hari sudah tidak di hargai. Tiada guna Diploma, Ijazah Master, harta, bisnes, nafsu dah tiada erti, demi hanya mahu melihat anak hidup dan melayani mereka sebagai manusia. Itulah yang saya maksudkan, bahawa akhirnya, saya lahir ke dunia, mengenal tuhan, dan terjatuh tersigung hanya sekadar untuk menjaga manusia, sebagai caretaker. Hanya nama ibu yang akan terpahat di talkin mereka, Seperyi yang di ajar Islam, seperti yang di ajar si tuhan. Sedanagkan nama si bapa, yang harus menanggung malu dan beban akan hanya laku di kedai untuk membeli susu dan pakaian. Tidak lebih dari itu. Anak-anak ini akan terus menjadi kawan. Samada mereka akan meninggalkan saya bila mereka besar, suatu hari nanti, atau tidak meninggalkan saya, itu diluar kawalan saya.
Tidak akan ada seorang bapa, manusia seperti saya.
Sebagai manusia yang tidak berguna, tiada apa lagi yang harus wajar kami tunggu. Menduduki daerah manusia yang tidak mengenal kepayahan manusia lain, selain dari meminta sedekah di masjid, melaungkan derma di setiap pintu masuk dan gerbang masjid, demi mahu menyekolahkan anak anak terpilih yang belajar di luar negeri. Tanpa memikirkan bahawa adat si penduduk lokal lebih penting dari hukum yang dibangunkan mereka dengan hasad dengki rasuah fitnah tipu helah sumpah seranah caci maki. Satu daerah yang saya kenal sebagai Malaysia.
Pulang lah isteri ku. kepangkuan kami memelihara anak anak ini besar dengan kasih sayang kita.
Walaupun jika kau pulang, kami tetap utuh tidak teruskan lagi hidup di daerah ini. Tiada guna lagi kami berjiran dengan pemerintah, jiran, kaum dan adat yang rusak tidak mampu mempertahankan seorang bapa, seorang ayah, seorang manusia, seorang yang utuh pelkajari Islam, yang mahu membangunkan manusia yang lain. Sedangkan mereka sebenarnya juga terkapai kapai dengan sistem yang lemah melemahkan manusia sejiwanya.
Kami dah jumpa daerah itu. Daerah hidup yang lebih meyakinkan, walaupun, anak anak kita memegang ranting kayu mengais pasir dan tanah untuk mencari makan untuk waktu itu.
Jika you tidak pulang dan tidak perlu lagi kami di sini, atau pun jika you pulang, kami tetap akan keluar. Menjalani Budaya baru untuk hidup, dan penulisan baru kemanusiaan akan terbentuk. Walaupun bekalan ranting kami mengais itu patah, kami akan cuba guna jari kami yang semakin tua. Ambillah negeri ku, ambillah isteri ku. Ambillah budaya yang you mahu abadikan dalam hidup you.
Sebagai pemegang amanah, saya akan memelihara mereka. Demi mempertahankan maruah lelaki, maruah sebagai bapa, sebagai ayah, mereka adalah tanggungan saya. Simpanlah happiness yang you dah ketemu di luar negeri, di tanah suci yang tidak akan saya hinggap, di tanah suci yang telah menghampakan harapan kami untuk meneruskan hidup. Dari suku Arab yang tidak kaan kami hormati lagi, walaupun bertasbih kiblat di tapak kaki kami.
Dari segi masyarakat, umum ataupun si imam, mereka akan berkata, saya tidak punya masalah, dan saya lah yang salah, sehingga menjadi begini.
Yes, Mereka punya hak untuk perkatakan apa jua. You sebagai isteri yang telah memfasakh kan saya sebagai bapa yang masih menjaga anak anak ini, peliharalah hak you. Malah saya ucap syukur kepada si Afendi Nawawi, si Ahmad Kasbi, si Jasmani Maybank, kerana dengan semangat yang dah ditunjukkan mereka, saya telah terpaut dengan janji manis mereka mau membantu, sedangkan I gagal kerana fitnah mengata Almarhum abah tiada pangkat status sosial, kerana gagal nya saya mengadakan wang 60 juta ringgit untuk undertable kelulusan loan, Sedangkan kita tahu, jerih payah fdan hitung wang yang saya keluarkan, yang saya gunakan untuk bermodal untuk hidup kan keluarga hanya mengaharapkan belas ikhsan dan realiti bantuan.
Sekarang kau jelas isteriku, You pun tahu, pertelingkahan keluarga bukan berpunca dari perempuan tapi dari wang. Kerana wang lah menjadikan hidup kita jadi begini. Kerana kehabisan wang lah menjadikan kita putus harap dan tertekan. Daerah ini bukan buat saya. Daerah ini tiada kasih untuk anak anak kita. Kepada pemerintah yang baik dan adil di daerah ini, saya ucapkan terimakasih, kerana memberi saya sekolah dan ajaran yang sangat baik. Saya akan ingat. Pemikiran si miskin lebih kuat dan ingat dari si kaya.
Justeru kami baru pulang dari melihat, kami akan pergi ke daerah luar dari daerah ini, Walau pun tiada yang pasti siapa yang akan menerima, tetapi masih sanggup berbekalkan sebatang ranting kayu untuk kami mengkais rezeki di daerah lain. Demi tak mahu mati dikuburkan di daerah yang zalim khianat dalam kehidupan manusiawi. Tidak akan gantang si tanah menerima kuburan saya di sini.
Tiada guna kami berlawan bergaduh dengan pemerintah, atau isteri yang meninggalkan kami. Kerana si cina bilang, kita tiada kuasa, kerana mereka yang buat kuasa.
Kepada mahkamah Islam di daerah ini, yang sangat pintar membuat undang undang atas dasar bahawa wanita itu lebih mulia di mahkamah, saya senandungkan doa batil kami, agar ugama Islam yang dilaungkan oleh daerah anda akan terus menjadi perhatian di mata tuhan anda.
Tiada apa lagi yan lebih nekat untuk kami anak yatim piatu kerajaan di ambil orang istana musnah di tipu berzaman, hati terluka, mengharapkan kasih keluarga, rupanya harapan hanya dimainkan.
20 haribulan mungkin tiada dalam kalendar harian Jun ini.
20 Jun 2008. akan berlaku seminggu lebih awal.


No comments yet
Comments feed for this article